Hanafzuan Abadi

welcome

Selamat Datang ke Teratak Hanafzuan Abadi.. Semalam Adalah Kenangan, Hari Ini Adalah Kenyataan, Esok Adalah Harapan...

Cara Membuat Coleslaw Yang Sedap (Rasa Serupa / Mirip Macam Coeslaw KFC)



makan begitu saja pun sedap...

setelah dicincang sehingga halus.perlukan kesabaran..

Malam tadi tergerak nak buat coleslow untuk bawak balik ke kampung.. sebab aku dah rancang nak buat Ayam Rosemarry untuk makan tengah hari ahad nanti. So kat sini aku tepek untuk rujukan sesapa nak mencuba resipi coeslow.


Bahan-bahan

Kobis Putih 1 kg
Lobak Merah 150 gram
Mayonis 200 gram
Susu Segar Kotak Kecik 4 sudu besar (kalau nak lebih 'milky' letak lebih)
Gula Pasir 5 sudu besar
Garam 1 sudu teh (rata)
Perahan limau nipis / limau kasturi 1 sudu besar
Bekas (plastic container / tupperware) yang mempunyai penutup.



Cara Membuatnya

Kobis dan lobak merah dibasuh bersih-bersih dan keringkan. Setelah itu dihiris dan dicincang kecil-kecil.
Masukkan kobis dan lobak merah yang telah dicincang itu ke dalam bekas yang mempunyai penutup.

Biarkan sebentar.
Masukkan mayonnis, susu, gula pasir, garam dan perahan limau ke dalam mangkuk dan kacau sampai betul-betul sebati. Tuangkan ramuan yang dah sebati itu ke dalam sayuran yang telah dicincang itu lalu dikacau sampai betul-betul rata. Setelah itu, tutup bekas tu dan simpanlah dalam peti sejuk.
Coleslaw anda akan “matang” dan siap untuk disantap selepas 12 jam. Tanda coleslaw dah matang ialah ia berair dan rasanya “smooth”.



~resipi ini diambil dari en.nasron~ maceh maceh~

9 comments:

Anonymous said...

"Cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi'.

aduih...sakitnya nana..jangan suke2 cucuk lubang i taw (kata ayam walaupun dah mati)

~mom of 2 nurin~

Norhana said...

puan zainab dah salah tempat ni..
post ni bagitau cara2 nak buat coleslaw bukan buat ayam rosemarry. hehe... malu2 bwek.. :p

mom of 2 nurin said...

ooo...salah eh
maklum ler la fist time dipaksa komen
mana haku taw..redah jer ler
eh time kasih yer sebab bagi 5 ringgit tadi..upah komen hehehehehe..

Nana said...

hehe zainab gilo.
apa pun terima kasih bagi 10hinggit pakse aku baca komen ko.

Anonymous said...

makan coleslow ari2 boleh jadik badan chanchantik cam Nana...Bila ler aku nak slim cam Nana...Sekali sekala berangan slim best gak....layannn...

*rose_rosemary

Norhana said...

hehe kak rosemary. Macam kenal jek.. mcm dekat je ngan meja i ni.. :D

Anonymous said...

oleh kerana my kusbnd suke makan coleslaw..so, den nak torai la resepi ko ni nana...-izan (forest)..kang aku x letak perkataan forest tu ko x ingat lak izan yg mano..

Norhana said...

Torai jangan tak torai.. memang sedap! rugi tak try. Izan, kalo ko nak buat coleslaw tu bahan2 dia tu ko agak2 la mengikut kobis ko. Kalau sikit kobis dan carrot ko, so kurangkanlah bahan2 mayonis dll.

Nizan said...

aku nak cube sabtu ni..hiks..

Post a Comment

Nak beri komen?? Dinasihatkan beri komen secara berhemah, membina dan positif. Jauhkan dari unsur-unsur provokasi. Terima Kasih dan harap maklum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...