Hanafzuan Abadi

welcome

Selamat Datang ke Teratak Hanafzuan Abadi.. Semalam Adalah Kenangan, Hari Ini Adalah Kenyataan, Esok Adalah Harapan...

Resepi Pizza Roti Arab dan Sos Pizza Yang Sangat Shedappp...




amacam? shedap tak nampak..

bertali-tali dianya keju mozarella...ummmphh..

Pizza takkan lengkap tanpa sosnya dan ditaburi dengan bahan-bahan topping. Anda boleh buat pelbagai jenis pizza dengan bahan-bahan topping yang pelbagai. Terserah kepada citarasa anda. Sos pizza adalah bahan asas yang disapukan ke atas pizza yang kosong sebelum meletakkan toppingnya . Jika anda tiada masa membuat sos pizza, anda boleh sapukan dengan sos cili atau sos tomato. Tetapi rasanya kurang enak berbanding membuat sos sendiri. Sos ini juga boleh difrozenkan untuk beberapa bulan jika tidak habis digunakan. Bahan istimewa yang dimasukkan dalam sos ini ialah daun bay dan rempah oregano. Bahan ini boleh didapati di kedai bahan kek dan pasaraya besar seperti Giant, Tesco or Carefour. Daun ini memberi rasa dan bau yang harum kepada pizza seperti pizza Itali! Untuk topping pula gunakan keju Mozarella kerana pizza akan bergetah apabila ditarik (macam iklan pizza hut). Untuk pizza ini kita guna ROTI ARAB bagi menggantikan dengan doh yang kena uli bagai nak rak tu. hehe.. cepat, mudah dan ringkas.
bahan2 untuk topping..aku guna bawang,capsicum, sosej dan mozarella..
bahan untuk tumis..antaranya tomato yang siap diblender, tomato puri dan daging kisar Ramly

diperkenalkan pelakon utama - Roti Arab

diperkenal pelakon dari oversea  - Rempah Oregano

Tara..siap menghias pizza comelku..

Bahan-bahan sos pizza :
1/2 biji bawang besar (merah)
2 ulas bawang putih
1 biji tomato, dikisar
1 tin kecil tomato puri
3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
2 sudu besar minyak masak
rempah oregano
beberapa helai daun bay (kalau nak lah..kalau tidak cukup oregano saja)
1 peket daging kisar Ramly

Bahan topping :
1 paket roti arab
250 gm keju mozarella, diparut atau beli yang dah siap parut
1 biji cili benggala (capsicum), dihiris bulat
1 biji bawang besar , dihiris bulat
sedikit mix vegetable (kalau nak lah..)
1 tin nenas kiub, dihiris
5 ketul sosej ayam, dihiris

Cara Membuatnya :
1. Cincang atau tumbuk bawang merah dan bawang putih. Kisar tomato dengan sedikit air.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang tumbuk hingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan tomato kisar, tomato puri dan daging kisar.
4. Masak atas api sederhana hingga daging kecut dan mendidih kira-kira 20 minit.
5. Masukkan 4 helai daun bay,1 sudu besar oregano, gula dan garam. Masak lagi selama 10 minit hingga sos pekat dan berbau harum.Tambah gula jika suka lebih manis.
6. Setelah masak, angkat dan sejukkan.
7. Leperkan sikit roti arab tadi (kadang2 mengelembung)
8.Sapukan sos atas roti pizza (roti arab) dan taburkan bahan-bahan topping dan terakhir taburkan keju mozarella.
9. Bakar selama 10 minit hingga masak pada suhu 200 darjah celcius.
10. Enak dimakan semasa masih hangat.


SELAMAT MENCUBA...

12 comments:

Afzuan said...

Saya Sukeeeeeeeeeeeee!!!!

cute said...

eh...abg die sukeee...bleh cuba nie....

Norhana said...

cuba la ila... gerenti sedapp.
mesti abg ko bangga tahap idung kembang kempis. hehe

cute said...

wah...mesti idung abg akak x kempis2 kan....asyik mkn sedap jer.....

Anonymous said...

wah..leh ko la ko bukak 1 table kat perangkaan tu..gerenti ramai yang beli..perghhhhhh...opppssss...luper la nak tak name aku izan (forest) wakakakakaka..

Norhana said...

alamak izan, org len tak leh cari makan lar kalo aku bukak table kat perangkaan nanti. hehe. :D

kenit said...

x per..aku jadi regular customer nanti..k aper.-izan

kenit said...

alamak..aku luper la..nanti aku comment guner nick name "kenit" tau.kenit tu aku (izan) :)

Norhana said...

alamak!! kenit?? hehehe.. terperanjat haku ngan nickname ko ni. Agak2 la nape letak nama kenit eh...hehehe.. Weh, Selamat Hari Raya AidilAdha!!.

Nizan said...

tadi aku x update lagi aku punyer nick..kalau ada kuar nama kenit a.k.a nizan la tuh..dulu badan aku kecik..mak aku panggil kenit la..slamat hari raya aidiliadha untuk ko jugak n kusband ko..

hikayat said...

nak cube lah^^

siti hazreen said...

mesti cuba ni ;)

Post a Comment

Nak beri komen?? Dinasihatkan beri komen secara berhemah, membina dan positif. Jauhkan dari unsur-unsur provokasi. Terima Kasih dan harap maklum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...