amacam? shedap tak nampak..
bertali-tali dianya keju mozarella...ummmphh..
bahan2 untuk topping..aku guna bawang,capsicum, sosej dan mozarella..
bahan untuk tumis..antaranya tomato yang siap diblender, tomato puri dan daging kisar Ramly
diperkenalkan pelakon utama - Roti Arab
diperkenal pelakon dari oversea - Rempah Oregano
Tara..siap menghias pizza comelku..
1/2 biji bawang besar (merah)
2 ulas bawang putih
1 biji tomato, dikisar
1 tin kecil tomato puri
3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
2 sudu besar minyak masak
rempah oregano
beberapa helai daun bay (kalau nak lah..kalau tidak cukup oregano saja)
1 peket daging kisar Ramly
Bahan topping :
1 paket roti arab
250 gm keju mozarella, diparut atau beli yang dah siap parut
1 biji cili benggala (capsicum), dihiris bulat
1 biji bawang besar , dihiris bulat
sedikit mix vegetable (kalau nak lah..)
1 tin nenas kiub, dihiris
5 ketul sosej ayam, dihiris
Cara Membuatnya :
1. Cincang atau tumbuk bawang merah dan bawang putih. Kisar tomato dengan sedikit air.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang tumbuk hingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan tomato kisar, tomato puri dan daging kisar.
4. Masak atas api sederhana hingga daging kecut dan mendidih kira-kira 20 minit.
5. Masukkan 4 helai daun bay,1 sudu besar oregano, gula dan garam. Masak lagi selama 10 minit hingga sos pekat dan berbau harum.Tambah gula jika suka lebih manis.
6. Setelah masak, angkat dan sejukkan.
7. Leperkan sikit roti arab tadi (kadang2 mengelembung)
8.Sapukan sos atas roti pizza (roti arab) dan taburkan bahan-bahan topping dan terakhir taburkan keju mozarella.
9. Bakar selama 10 minit hingga masak pada suhu 200 darjah celcius.
10. Enak dimakan semasa masih hangat.
SELAMAT MENCUBA...











12 comments:
Saya Sukeeeeeeeeeeeee!!!!
eh...abg die sukeee...bleh cuba nie....
cuba la ila... gerenti sedapp.
mesti abg ko bangga tahap idung kembang kempis. hehe
wah...mesti idung abg akak x kempis2 kan....asyik mkn sedap jer.....
wah..leh ko la ko bukak 1 table kat perangkaan tu..gerenti ramai yang beli..perghhhhhh...opppssss...luper la nak tak name aku izan (forest) wakakakakaka..
alamak izan, org len tak leh cari makan lar kalo aku bukak table kat perangkaan nanti. hehe. :D
x per..aku jadi regular customer nanti..k aper.-izan
alamak..aku luper la..nanti aku comment guner nick name "kenit" tau.kenit tu aku (izan) :)
alamak!! kenit?? hehehe.. terperanjat haku ngan nickname ko ni. Agak2 la nape letak nama kenit eh...hehehe.. Weh, Selamat Hari Raya AidilAdha!!.
tadi aku x update lagi aku punyer nick..kalau ada kuar nama kenit a.k.a nizan la tuh..dulu badan aku kecik..mak aku panggil kenit la..slamat hari raya aidiliadha untuk ko jugak n kusband ko..
nak cube lah^^
mesti cuba ni ;)
Post a Comment
Nak beri komen?? Dinasihatkan beri komen secara berhemah, membina dan positif. Jauhkan dari unsur-unsur provokasi. Terima Kasih dan harap maklum.