sebelum dipotong..
selepas dipotong..cedap tak..
Bahan-bahan
Telur (saiz besar) 7 biji
Susu Isian Pekat Manis 1 tin besar (510ml)
Gula Pasir 3 sudu besar
Garam 1 sudu kecil
Tepung Kastard 2 sudu besar
Air 1 cawan (lebih kurang 150~175ml)
Loyang bersaiz diameter 15~20cm
Cara membuatnya
Letak gula pasir dalam loyang dan panaskan loyang tersebut dengan api sederhana kecil agar gula mencair. Apabila gula telah cair keseluruhannya, lenggang-lenggangkan loyang supaya gula cair itu merata menutupi permukaan dasar loyang. Tutup api apabila gula cair telah mula berwarna sedikit kekuningan. Ingat, jangan sampai warnanya menjadi benar-benar kuning atau perang. Cukup sedikit kuning sahaja, kerana proses pengukusan nanti akan menjadikan warnanya kepada perang dan cantik. Kalau sekarang sudah perang, nanti proses mengukus akan menyebabkan gula cair bertukar menjadi sangat gelap atau hitam dan berasa pahit!
Masukkan telur, air, garam, tepung kastard, susu pekat manis ke dalam blender dan kisar sampai sebati. Lebih kurang 10 saat sahaja.
Tuang ramuan yang telah diblender dengan menggunakan penapis (saya guna penapis teh) ke dalam loyang yang telah dilapisi gula cair yang telah membeku/keras.
Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih. Kukuslah dengan api sederhana kecil sahaja. Kukus sehingga 45 minit.
Apabila telah masak, telangkup loyang ke pinggan leper.
Lebih enak jika dihidangkan sejuk (simpan dalam fridge dululah).
sebelum puding ditelangkupkan..gebuu..
Nota:
Api dapur sederhana kecil ialah api sekadar untuk maintain agar air pada pengukus tetap dalam keadaan mendidih yang paling minima. Maksudnya air tetap menggelegak tetapi dalam keadaan menggelegak yang paling kecil. Sila pastikan sebelum anda meletakkan adunan untuk dikukus. Tujuan menapis ramuan yang telah diblender ialah untuk memastikan agar hanya bahan yang telah benar-benar halus dan sebati sahaja yang dimasak. Ia juga untuk memerangkap dan membuang 'tali pusat' telur yang memberikan bau hanyir kepada puding.
Sekiranya tiada blender, anda boleh gunakan mixer atau kacau gunakan senduk atau sudu. Yang penting, pastikan ramuan benar-benar sebati.
Anda boleh juga menambah Esen Vanilla atau Esen Pandan untuk mendapatkan aroma yang lebih wangi pada puding tersebut.
Bagi yang nak 100% telur tanpa tambahan tepung kastard, boleh juga. Jangan risau, tetap menjadi puding anda itu. Cuma teksturnya kurang gebu dan lebih padat. Namun tetap lembut dan sedap. :)
Garam ditambah untuk memberikan efek rasa yang “lemak” bukan masin. Ada sesetengah resepi yang lain tak tambah garam. Tapi resepi ini disarankan letakkanlah garam dan ikutlah sukatan yang disyorkan.
Kalau nak kurangkan manis, kurangkan la sukatan susu pekat manis tu. Gantikan guna susu cair atau apa-apa susu lain la tapi kena bubuh gula la jugak sebab supaya manis. Pandai-pandai sendiri la nak adjustkannya! Selamat mencuba..
p/s: Saya tahu ada diantara pembaca lebih expert tentang pembuatan puding karamel ni dan mungkin ada bahan2 dan cara2 yang lebih bagus untuk menjadikan puding karemel bertambah sedap dan lembut. Jangan simpan...boleh berkongsi dengan saya agar puding karemel saya akan datang lebih bertambah sedap!. Lagipun saya dalam proses pembelajaran memasak..bukan teror sangat pun..sekadar berkongsi resepi yang diambil di internet pastu cuba dirumah seterusnya kalau jadi resepi tu saya berkongsi dengan sahabat2 semua di sini..kan Sharing is Caring.. Oh ya..jangan suruh saya bawak ke opis ye...buat sendiri di rumah lebih afdhal...jamu keluarga sendiri..lebih bermakna..kerana keikhlasan dan air tangan isteri itu pengikat kasih sayang.... sekian.







4 comments:
Sangat sedap kalau isteri saya yang masak hehehe
Ye ke? tapi rasanya puding ni pa tak baper suke sebab letak telur kan???.
Takpe next trial ma letak esen vanilla banyak2 ye..
nampak macam keras aje.....kalau aku buat x letak tepung kastard & garam....jgn mare ye. aku faham baru nak belajar kan.....
ooo tu ko nye resepi ek. Ok..boleh kongsi ngan aku nanti.
Post a Comment
Nak beri komen?? Dinasihatkan beri komen secara berhemah, membina dan positif. Jauhkan dari unsur-unsur provokasi. Terima Kasih dan harap maklum.