Hanafzuan Abadi

welcome

Selamat Datang ke Teratak Hanafzuan Abadi.. Semalam Adalah Kenangan, Hari Ini Adalah Kenyataan, Esok Adalah Harapan...

Resepi Beef Lasagna Special..



Lasagna sebelum dipotong 1st trial 5 lapis pada 15/11/2009 - Ahad


2nd trial..3 lapis jek pada 16/11/2009 - isnin.. wallaweii...after potong..sedap tak??


posing cam lain laks...bagi terliur.. tengok tu cheese dia meleleh..


i guna cheese yang ni..














inilah kepingan Lasagna jenama San Remo yang i guna. Ada jer kat carrefour alamanda tu. I ambik gambo ni dlm internet jer sebab ramai yang tanya rupa lasagna sheet tu camner.

Bahan-Bahan:
6 kepingan besar lasagna (ikut loyang bakar) dan (rebus hingga lembut-lebih kurang 2 minit)
1 mangkuk daging cincang Ramly
1/2 batang carrot ( di potong kecil2)
2 biji bawang besar (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 sudu besar tomato puree
3 sudu besar sos tomato
3 biji tomato segar (potong dadu)
1 kiub ayam maggie
Sedikit Rempah Oregano
8 keping cheese (cheesedale) or cheddar cheese diparut
2 cawan susu segar
3 atau 4 sudu besar minyak masak
Garam / Gula secukup rasa

Bahan Paste - campurkan 3 sudu besar air dengan :
2 sudu besar cili boh
1 sudu besar serbuk kari daging

Lapisan Sos Cheese:
2 cawan susu segar
2 sudu besar tepung gandum
8 keping cheese

Cara:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. Tumis bahan paste. Kemudian masukkan kiub ayam, lada hitam, garam, gula, tomato puree, sos tomato carrot dan daging cincang. Masak sehingga daging masak. Rasa dulu kuah sebelum masukkan garam dan gula. Ikut sesedap rasa anda sendiri. Kemudian masukkan tomato segar dan sedikit rempat oregano, masak selama 2 minit. Jangan sampai air kering sangat. (Masak ala-ala berair sikit agar lapisan lasagne nanti masak penuh dan tak keras). Kemudian angkat dan ketepikan.

Untuk cream cheese : Panaskan minyak, kemudian masukkan tepung, kemudian masukkan pula susu segar. Bila mendidih masukkan cheese. Masak biar pekat dengan api perlahan sehingga kuah pekat. Sediakan bekas pembakar.


- lapisan pertama : kepingan lasagna
- lapisan kedua : daging
- lapisan ketiga: cream cheese

Ulang lapisan. Diatas lapisan terakhir letakkan kepingan lasagna dan tuangkan cream cheese hingga menutupi keseluruhan kepingan lasagna dan taburkan sedikit oregano. Bakar dlm oven selama 30/40 minit, suhu 180C.


Sebelum lasagna dibakar



Camni rupa 2nd trial i...simple jek..tak banyak kepingan lasagna tinggal. Cheese pun tak banyak. Tapi cukup mengenyangkan kami berdua malam tadi. Burrpp.. alhamdulillah :)


posing sket sayang sebelum mamam.. ummm..chedaapp! ekeke..



16 comments:

anie said...

mana suami kau ni nana tak bagi komen lagi.....

Afzuan said...

SedapppppPPppP!!! Burbbbb!!

Afzuan said...

dah dah dah datang dah ni...

anie said...

alamak komen datang bertalu-talu....ni mesti nana yang suruh ni....

cun said...

kot2 nana yang taipkan bg pihak suami...hehehehe

Norhana said...
This comment has been removed by the author.
Norhana said...

alamak...sape lak yang cun ni..
bagitau la name..

anie said...

asyik makanan western je....sesekali nak jugak resipi cokodok pisang ke....

Norhana said...

Western la baru nampak grand kak anie.
Lagipun bila lagi nak menggunakan hadiah dari u all semua iaitu (oven).

Anonymous said...

nak kene komen gak ekkk.. wakakaka mana la aku taw..
nie aku nak KOMEN sket nie..
lain kali kalo masak yg best2 tu calling2 la aku ni... :P
jgn dok bedal 2 org jer ...
kepada sesapa yg nak mengeratkan hubungan suami isteri leh masuk aku nye blog lak :D .. hehehe jgn marah aaa nak promote sket ..

http://juzbuy.webs.com

Norhana said...

uiks.. komen kat atas ni mesti ko ye KOII??
mesti la bedal 2 org jek.
jemput ko mesti tak cukup..
tak pon ko malu2..buat2 dah kenyang mcm hari tu.
pigidahh..

cute said...

amboi abg kak nana dah tunjuk sdap...lum mkn lg...mesti kak nana paksa...hahahaha pasni nak resipi mkanan tradisional lak...ada bran?hehehehe

Norhana said...

Mesti la sedap puan cute @ ila.
Akak nak belajar ngan ko la ila masakan tradisional. Ada bran ajar akak tak??

Anonymous said...

emmmmm... sedapnye... macm kat pizzza....

Afzuan said...

huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu banyaknye komen :P

WANITA UNGGUL said...

telan air liur 2, 3 kali tengok makanan ni...bilalah nk try test ni!bleh buatkan x? pastu pos ke kuala selangor heheh

Post a Comment

Nak beri komen?? Dinasihatkan beri komen secara berhemah, membina dan positif. Jauhkan dari unsur-unsur provokasi. Terima Kasih dan harap maklum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...