Hanafzuan Abadi

welcome

Selamat Datang ke Teratak Hanafzuan Abadi.. Semalam Adalah Kenangan, Hari Ini Adalah Kenyataan, Esok Adalah Harapan...

Resepi Sos Keju Mirip KFC = Chezzy Wedges


Hari ni cuti umum sempena kemenangan Malaysia menentang Indonesia bagi Piala AFF Suzuki Cup 2010. Syabas Team Harimau Muda diatas kemenangan tempoh hari. Soooo...balik kampong awal la kiteee.. Petang tadi dengan tak sabarnya nak mencuba resepi dari member2 FB Kongsi Resepi (KR). Bahan2 dah dibeli awal kat Putrajaya. Petang tadi ramai yang ada dirumah.. anak buah semua ada so rajin lah nak buat.. Hasilnya meletoppss!.. memang sedapp.. sampai hubby, mak, kakak dan anak buah semua puji sedapp.. hehe bestnyeee.. :) Derang kata sama mcm KFC!.. cecececece... (itu kata nuzul zariq, nabilah nazurah, nabilah najwa dan hubby!!) Abg zariq cakap acik nana leh bukak kedai dah ni.. owwhh..terima kasih anak buahku.. pujian itu mengembangkan hidung acikmu ini.. hehe

Homemade Sos Keju = Chezzy Wedges
So ni resepinya:
Bahan-bahan
2 ½ sudu mentega
2 ½ sudu tepung gandum (kalau nak lagi pekat lebihkan tepung)
1 liter susu segar
4 sudu kecil garam (secukup rasa..kalau tak mau masin kenalah sukat dan rasa)
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu kecil serbuk lada putih
12 keping cheddar cheese (saya guna jenama cheesedale)
Sedikit pewarna kuning telur untuk cantikkan lagi warna chezzy

Cara-cara
Cairkan butter, masukkan tepung gandum, kacau jgn bagi berketul, masukkan susu, masukkan serbuk cili, serbuk lada putih dan masukkan cheddar cheese… masak hingga kepekatan yang dikehendaki. Letak pewarna kuning telur untuk naikkan seri chezzy. Mula2 nampak je cair..tapi bila dah sejuk sket dia jadi kental.


sos chezzy wedges!!
anak buahku nabilah najwa sedang menikmati hidangan chezzy wedges!!

3 comments:

Niaga Mida said...

sedapppnya.. ;) sy dah try ... yummy ..:)

nik said...

jika nak dpt kan cheese powder leh email sy nik_biotech@yahoo.com :)

Anonymous said...

Boleh tahan lame x?

Post a Comment

Nak beri komen?? Dinasihatkan beri komen secara berhemah, membina dan positif. Jauhkan dari unsur-unsur provokasi. Terima Kasih dan harap maklum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...