Hanafzuan Abadi

welcome

Selamat Datang ke Teratak Hanafzuan Abadi.. Semalam Adalah Kenangan, Hari Ini Adalah Kenyataan, Esok Adalah Harapan...

“Petua kuruskan badan tanpa Ubat”


Salam dan selamat pagi semua..
Kali ini saya ada beberapa tips untuk dikongsikan pada anda semua. Tips ni pun saya ambil dari laman blog org lain. Ianya boleh memberi kitap anduan dan mengetahui cara-cara yang boleh kita amalkan untuk membantu mengurangkan berat badan secara sihat dan natural.

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Kisah Benar - Perjalanan Hidupku


Salam...apa khabar pembaca hanafzuan abadi..

Kali ini saya nak berkongsi sedikit cerita tentang kehidupan saya.. Dulu sebelum kahwin saya ni kategori org yang agak kurus..dengan ketinggian 166cm dan berat hanya 50kg - 55kg saya dilabelkan sesetengah org dengan panggilan papan, bini popai, leper dsb.. sedangkan hakikatnya saya sangat sihat walafiat dan gembira dengan bentuk badan begitu kerana nak pakai apa2 pun mudah dah senang. :). Pernah juga saya menangis dan mengadu pada ibu tentang kutukan rakan2 tentang tubuh badan saya. Pada waktu itu saya sangat2 tertekan dan rendah diri dengan tubuh badan saya. Hinggakan saya mengajak ibu saya ke farmasi untuk membeli 'weigh gain' dan ubat kuat makan @ vitamin. Kasihnya ibu terhadap saya dan faham situasi saya sanggup mengeluarkan wangnya agar hati anaknya kembali tenteram dan tangisannya berhenti. Tetapi apakandaya tahap metabolisma saya ketika itu agaknya tinggi maka apa jua saya makan tetap jua kurus. Tiada perubahan. Pernah juga bertanya pada kekasih ketika itu (sekarang suami) adakah dia senang dengan tubuh badan saya yang kurus ini..lantas dia berkata..dia cukup senang dengan apa yang ada dengan diri diriku. Fullstop!. Lepas tu malas dah nak fikir pasal kurus dan dengar cakap2 org... aku dengan dunia ku.. sehingga aku berkahwin..dan transformasi pun bermula..

Hidup semasa berkahwin sungguh seronok dan bahagia. Makan minum ada org jaga.. Tahap metabolisma juga semakin kurang kerana kurangnya exercise. Mungkin juga hormon setelah berkawin bertukar..or bercampur ngan suami.. hehe maka transformasi sedikit demi sedikit telah berlaku. Senang cakap badan aku berjaya naik sedikit. Sebenarnya aku suka jugak badan berjaya naik sikit sebab dari dulu lagi kalau diikutkan memang hajat nak naikkan berat badan. Dengan berat badan sekarang BMI aku masih ditahap ideal. Suami ku pun senang dengan apa yang berlaku malah tidak memberi tekanan. Tetapi yang memberi tekanan adalah org disekitarku.. Owh..mula2 ok lagi..tapi dengan iman yang nipis ni kadang2 sentap jugak kan.. Owh...kau dah gemok. Nana dah gemok! sambil melihat aku dengan renungan yang aku tafsirkan sebagai menghina. Gemuk sangatkah aku?? segemuk syanie? segemuk afdlin? segemuk siapa?.. Sdangkan aku tidak begitu?? aku tak faham kenapa mereka mentafsirkan aku sebagai gemuk??. Sanggup mereka membiarkan lidah2 mereka dihitung diakhirat kelak kerana membuat hati org terluka..Bila kuadukan pada suami..suami bertanya kembali..Cantik sangatkah org yang komplen tu sambil melembutkan hatiku yang seakan2 remuk. Jgn dengar kata org... Janji kita menjalani hidup kita dengan aman dan bahagia dan jauh dari segala penyakit..itu yang baikknya ma.. kata suamiku. Biarlah..

Baru2 ini sewaktu mencuba baju kebaya lama..owhh..tak muatlah.. setelah ku amati dan barulah kusedar bahawa bertubuh kurus seperti dahulu lebih baik kerana cantik dan menarik. Org yang mengutuk diriku sewaktu dahulu itu sebenarnya jahil dan rasa tak puas hati dengan tubuhnya sendiri sebab tu berani mengutuk kejadian ciptaan Allah ini. Sekarang aku sudah berisi? apa yang mahu dikutuknya lagi? fikir-fikirkan lah tentang apa terselindung disebalik kisah ini..ada pengajarannya. Bukan semua manusia senang dengan apa yang kita ada...

Selamat Tahun Baru 2010!!


Salam semua..belum terlambat lagi saya nak mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua pembaca Hanafzuan Abadi..

Semoga kedatangan 2010 membawa sinar kebahagiaan berpanjangan dalam rumahtangga kami suami isteri,berprestasi cemerlang dari segi kerjaya dan kehidupan, dimurahkan dan diperluaskan pintu rezeki kami serta sihat tubuh badan, dijauhkan daripada malapetaka dan anasir2 jahat yang boleh mengganggu gugat kebahagiaan kami dan dikurniaan baby boy or girl yang sangat2 kami nantikan.. aminnnnn...

Selamat ber'azam' dan selamat menjalani kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...