Salam...genap sebulan abah pergi meninggalkan acik dan mak.. Rindu acik pada abah tak dapat diungkap.. Terlalu cepat abah meninggalkan acik dan mak.. Hanya kenangan bersama abah masih terpahat dalam memori... 15 Disember 2009 hari jadi abah dan kita meraikan sekali harijadi mak yang jatuh pada 24 Disember 2009. Acik belanja KFC hari tu kan abah.. akak ita belikan kek untuk abah...kita ramai-ramai menyanyi lagu hari jadi untuk abah dan mak.
Abah..acik mula terfikir..mcm mana kami nak menempuh bulan ramadhan tanpa abah.. Hari raya nanti tidak berseri tanpa abah.. :( Hari raya nanti acik tak dapat nak belikan baju melayu untuk abah mcm acik beli tiap2 tahun.. Tinggallah kenangan baju melayu hijau pucuk pisang pilihan abah untuk raya tahun lepas.. Terdengar-dengar suara abah ketika acik menelefon abah tanya warna apa yang abah mahu untuk baju melayu. Abah kata nak warna hijau..sambil gelak2..hijau jgn yang gelap..pilih warna yang cerah sikit..mcm orang muda katanya. Waktu tu terfikir jugak..nape abah nak baju melayu warna hijau..sedangkan abah tak suka warna ijau.. Mungkin sebab abah tahu mak suka warna ijau..maka raya terakhirnya hijau lah yang menjadi pilihan..wallahualam..
Abah..semoga abah ampunkan dosa dan kesalahan acik selama acik menjadi anak abah..dari kecil hingga ke hari ini..dan acik mendoakan abah tenang disana dan abah ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh dan roh abah dicucuri rahmat...aminn..
Al-Fatihah..
abah dan mak menyambut hari lahir bersama-sama pada bulan Disember 2009
bahagia dan gembira menyambut ulangtahun kelahiran bersama-sama...
indahnya suasana ketika itu..anak cucu berkumpul meraikan abah dan mak..
Semoga abah tenang disana..acik akan sentiasa mendoakan abah tiap kali selepas solat..







