Salam...
Terpanggil rasanya untuk menceritakan serba sedikit kehidupan masyarakat kita ni.. Kengkadang orang ni tak senang ngan apa yang kita ada..walaupun kita tak pernah nak kacau hidup dia. .tapi still nak komplen sana sini.. Ia terjadi pada diri aku sendiri.. :) Aku tak tahu..apa masalahnya insan ini pada aku.. Malah tak terfikir oleh akalku. Masa aku diet sibuk mengutuk cara pemakanan aku.. tup2 bila dah aku berjaya mengslim kan badan pandai pulak puji aku dah slim.. walhal sebelum ni sikit punya ayat tak hengat hentam aku kaw2..makanan yang aku makan ni tak berkhasiat dan mcm2 lagi. Depan orang lagi.. padahal derang tak tau yang makanan yang aku makan selama aku diet tu atas nasihat pusat pelangsingan yang terkenal Keep Slim!. Hurmm...kalau aku bagitau sekalipun takde pekdah nya pun.. kalau orang dah tak suka...tetaplah tak suka... Paling koman pun aku senyum jer..malas nak explain dengan orang mcm ni. Suka jaga tepi kain orang!
Start dari situ aku tengok orang tu dah mula menyampah dengan aku.. Aku pulak memang jenis tak bercakap sangat kalau aku tak close dengan orang tu. Mula2 tak perasan sangat...tapi setiap acara yang dianjurkan olehnya tak penahnya jemput aku..aku mula terasa... Aku bukanlah seperti itik menyudu dan seperti orang kebuluran tidak dijemput.. Tapi sebagai komuniti di tempat kerja aku rasa terasing. Apa salah aku? hanya kerana aku jarang bercakap dengannya aku diasingkan?..
Aku suarakan pada ibu tentang perkara ini.. ibuku cuma berpesan..kalau orang buat jahat pada kita..kita balaslah dengan kebaikan..esok2 lusa pasti dia akan termalu dengan perbuatannya dan akhirnya dia tahu kita ikhlas dan kenal diri kita ni mcm mana.
Aku setuju dengan pendapat ibu...setiap kali aku sedekahkan sesuatu..tidak terkecuali insan itu pun dalam senarai ku juga. Dalam hati hanya satu.. Moga insan itu dibukakan hati untuk mengasihani aku dan tidak tergamak buat begitu padaku lagi. Aku pasti Allah melihat apa yang dia lakukan..
Allah bersama orang yang teraniaya..
Salam..