Hanafzuan Abadi

welcome

Selamat Datang ke Teratak Hanafzuan Abadi.. Semalam Adalah Kenangan, Hari Ini Adalah Kenyataan, Esok Adalah Harapan...

Happy New Year 2011!!


Salam Tahun Baru 2011 untuk kawan2.. Semoga tahun 2011 lebih baik dari tahun 2010.
Semoga Allah permudahkan perjalanan hidupku untuk tahun 2011 dan hari mendatang.. aminnn yarabbal alamin.

Resepi Sos Keju Mirip KFC = Chezzy Wedges


Hari ni cuti umum sempena kemenangan Malaysia menentang Indonesia bagi Piala AFF Suzuki Cup 2010. Syabas Team Harimau Muda diatas kemenangan tempoh hari. Soooo...balik kampong awal la kiteee.. Petang tadi dengan tak sabarnya nak mencuba resepi dari member2 FB Kongsi Resepi (KR). Bahan2 dah dibeli awal kat Putrajaya. Petang tadi ramai yang ada dirumah.. anak buah semua ada so rajin lah nak buat.. Hasilnya meletoppss!.. memang sedapp.. sampai hubby, mak, kakak dan anak buah semua puji sedapp.. hehe bestnyeee.. :) Derang kata sama mcm KFC!.. cecececece... (itu kata nuzul zariq, nabilah nazurah, nabilah najwa dan hubby!!) Abg zariq cakap acik nana leh bukak kedai dah ni.. owwhh..terima kasih anak buahku.. pujian itu mengembangkan hidung acikmu ini.. hehe

Homemade Sos Keju = Chezzy Wedges
So ni resepinya:
Bahan-bahan
2 ½ sudu mentega
2 ½ sudu tepung gandum (kalau nak lagi pekat lebihkan tepung)
1 liter susu segar
4 sudu kecil garam (secukup rasa..kalau tak mau masin kenalah sukat dan rasa)
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu kecil serbuk lada putih
12 keping cheddar cheese (saya guna jenama cheesedale)
Sedikit pewarna kuning telur untuk cantikkan lagi warna chezzy

Cara-cara
Cairkan butter, masukkan tepung gandum, kacau jgn bagi berketul, masukkan susu, masukkan serbuk cili, serbuk lada putih dan masukkan cheddar cheese… masak hingga kepekatan yang dikehendaki. Letak pewarna kuning telur untuk naikkan seri chezzy. Mula2 nampak je cair..tapi bila dah sejuk sket dia jadi kental.


sos chezzy wedges!!
anak buahku nabilah najwa sedang menikmati hidangan chezzy wedges!!

Resepi Apam Polka Dot


Sebenarnya aku cari acara yang menarik untuk mengambil hati ibu sempena hari lahirnya. Hari lahirnya jatuh pada hari Jumaat - 24/12/2010. Acara potong2 kek sudah dilaksanakan..acara apa lagi pada sebelah petang Sabtu tu yee..Hurmm..apa kata kita cuba resepi = Apam Polka Dot!.
Ya..kubuat khas untuk ibu tercinta.. main masak-masak dengannya memang seronok.. mana taknya. ibu yang jaga pengukus.. :) dan bagi tips2 berguna masa proses pembuatan apam ni agar apam lembut dan gebuuu.. Terima kasih ibuku Puan Rahman binti Mohd!
mai tengok dekat dekat... hehe
sekumpulan apam menanti untuk dimakan
ada inti jem didalamnye..
masa nak mendot-dot.. macam ni lah pada awalnye..so siapa2 tak taw cara nak dot2..leh la ikut mcm cara ni yaa cayang2 semua..

Bahan-bahannya:

3 biji telur sejuk dari peti ais
275 gm tepung gandum + 3 sudu teh baking powder = diayak sekali
1 sudu kecil ovelette
220 gm gula halus
150 ml susu segar
inti : blueberry . strawberry atau apa2 saja
1 sudu esen vanilla
pewarna ikut citarasa


cara -caranya:

1) pukul telur putih sampai kembang
2) kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla - pukul sampai kembang lagi.
3) pastu masukkan gula..pukul sampai kembang lagi.
4) masukkan tepung + baking powder selang seli dengan susu (masa ni kacau dengan senduk je.. bukan dengan mixer.
5) bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna

6) masukkan setiap warna dlm piping bag @ plastik bersih
7) picit adunan ke dalam mangkuk kertas
8) letakkan inti - nak senang masuk dlm plastik pastu picit
9) picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh = kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan
10) kukus 10-15 minit.





Resepi Kek Karamel Pelangi


Tetiba nafsu untuk membuat kek dan kuih yang comel2 menjadi-jadi.. Sejak aku jadi follower FB 'Kongsi Resepi' nafsu mahu mencuba mula menggila.. miahahaha.. Hasilnya 2 resepi telah aku cuba.
Bawah ni adalah kek karamel...dipersilakan untuk menyalin resepi kalau anda berminat! :)

KEK KARAMEL PELANGI IMPIANKU
Percubaan yang pertama... warna tak terang...
Percubaan kedua..walla.. menjadi kombinasi warnanya kali ini.. miahahaha (gelak puas)

Bahan-bahan
Loyang saiz 7x7

(A) - Bahagian Gula Hangus
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang) biarkan dia sejuk after dah perang.


(B) - Bahagian Atas (Karamel)
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor

1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)


(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk (kita guna minyak mazola)


(D) - Cara Buat Merinque
6 biji putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)


Cara membuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat letak atas kepala pun dia x jatuh...hehe..
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan...




Salam Akhir Tahun 2010..


Salam.. Apa khabar semua???? Sihat??  Hujung tahun ni tak pergi bercuti kemana2 ke..
Hari ni my mom nye Birthday.. Puan Hajjah Rahmah binti Mohd.. yang ke 63!. Semoga Mak dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik sepanjang masa...serta murah rezeki..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...