Hanafzuan Abadi

welcome

Selamat Datang ke Teratak Hanafzuan Abadi.. Semalam Adalah Kenangan, Hari Ini Adalah Kenyataan, Esok Adalah Harapan...

Family Day @ Bukit Merah Laketown Resort, Taiping Perak


Lama jugak nak menyampai ke Bukit Merah..dekat 5 jam juga.. sengal punggung!!. maklumlah aku jarang naik bas lama2.. lagipun kampung dekat..so tak biasalah nak dok lama2 dlm bas lebih dari 2 jam.

Aku pergi famly day of coz dengan hubby terchenta.. kenal2kan dia dengan warga kerja bahagian aku secara amnya dan kepada warga sektor aku secara khususnya.. ewaahh..ayat skema kuar dah.. hehe.. So kat bawah ni sebahagian gambar di Bukit Merah Laketown Resort.. takde bnyk gambar sgt sebab camera simpan dlm locker pasal nak mandi manda.. maklumlah camera bukan waterproff..

 cak! time ni baru je sampai..pastu blur2 nak beli ticket ikut package mana... korang kalau nak gi survey la awal2.. package apa yg korang nak.. samada just nak masuk waterpark dia je, org utan island atau ecopark. Kalau nak taw lebih lanjut baper rega semua tu boleh ke:  http://www.bukitmerahresort.com.my/waterpark.htm
Yes..sudah decide nak masuk waterpark dan chairlift saja
cik hubby ok je..
 ke jeti utama untuk dptkan feri ke pulau orang utan
 view tasik kat situ..
 leh jenjalan kat sini..
 tetiba ada kuda sesat lak.. cian..kecik2 dah jadi buruh paksaan..
 
Singgah makan kat sini la..kat bukit merah ada medan makan.. sistem kupon..so kenalah beratur beli kupon ye sebelum nak dapatkan makanan
                                                                       
banyak kedai souvenir ada kat sini..so sediakan duit jelah..
tunggu makanan dulu yee...
tengok my opismate dgn anak dia merempit..
 dan lagi..
dan lagi..
haa.. yang ni aku dan hubby naik.. kecut gile la..kalau kasi aku naik sekali lagi tak kan aku naik.. ngeri! serius..
lastly kite org naik chairlift...ni gambo opismate.. masa turn kiteorg naik camera dah simpan dlm locker..huhu
Hampir 5 jam jugak la dapat berendam dan bersuka ria kat Bukit Merah Laketown.. so petangnya pula kul 5pm kami bertolak ke Intura Sungai Petani untuk check in penginapan dan seterusnya malamnya ada BBQ Dinner dan karaoke time.. 
 Sebelum makan mai la salam mengenalkan diri.. dah berendam satu kolam siang tadi..malam baru nak kenal2..haha terbalik pulak..silap aturcara.. hehe tapi takpelah..
 di dalam dewan karaoke yang samar2 cahayanya....mcm panggung wayang mini rasanya..dah la dlm keadaan kenyang melantak makan tak hengat
 tu dia..bos aku dok nyanyi ngan anak pompuan dia..baru taw ada bakat nyanyi en zairul ni...hehe
 adik intan tengah menunjukkan bakat nyanyian..haha
 pilih lagu ye.. banyak tuu..
Tak sangka kat Intura ada dewan karaoke. Ramai gaklah test suara.. aku dan hubby hanya duduk menyepi tanpa suara kerana kekenyangan!..hahahaha...dalam dewan yang samar2 ni kami melamun perasaan...oh indahnya dapat bersama org tersayang hehehe...
esoknya pagi2 kami bertolak ke Alor Setar - Pekan Rabu untuk beli buah tangan.
Kesimpulannya..Family Day ni berjaya jugak la..walaupun ada sedikit kekurangan..dapat bawak balik pelbagai barangan yang dikirim oleh ahli keluarga ku semasa di Pekan Rabu.
The END :D


0 comments:

Post a Comment

Nak beri komen?? Dinasihatkan beri komen secara berhemah, membina dan positif. Jauhkan dari unsur-unsur provokasi. Terima Kasih dan harap maklum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...