Hanafzuan Abadi

welcome

Selamat Datang ke Teratak Hanafzuan Abadi.. Semalam Adalah Kenangan, Hari Ini Adalah Kenyataan, Esok Adalah Harapan...

Keistimewaan Kaabah



Kehebatan Kaabah itu sendiri boleh memberi ketenangan kepada sesiapa yang memandangnya. Dengan merenungnya kita akan lupa segala urusan dunia. Pandangan seseorang akan berbeza apabila melihat kaabah di siang hari dan di malam hari. Pada siang hari Kaabah akan nampak kecil dan rendah tapi pada malam hari ia seolah besar dan tinggi. Itulah kuasa Tuhan. Burung-burung tidak akan terbang di atas Kaabah, kalau ada burung terbang di atasnya bermakna burung itu sakit dan sedang berubat. Burung pun tahu kehebatan Kaabah itu. Kaabah inilah tempat turunnya rahmat di mana 20 bahagian rahmat itu terletak pada sesiapa yang memandang Kaabah, 40 bahagian rahmat yang bersolat di Haram, manakala 60 bahagian rahmat kepada yang bertawaf mengelilingi Kaabah. Satu perkara yang menajubkan, lantai diseluruh dataran Kaabah iaitu tempat bertawaf sentiasa sejuk walaupun pada panas terik.



Tempat-tempat mustajab untuk berdoa


1. Hajar Aswat
2. Multazam (Minta kelepasan dari neraka) - tgh malam sampai subuh, tempat selalu dilalui rasul,
3. Pintu kaabah waktu selepas asar,
4. Tempat Jibrail mengimami Nabi pertama sembahyang batu2 berwarna cokelat
5. Tempat asal makam Ibrahim seramik cokelat bertulis
6. Pancur rahmat di hijir ismail minta dikurnia kekayaan waktu lepas asar sampai magrib
7. Pintu tertutup bila-bila masa, tempat doa orang yang dizalimi (2 meter sebelum rukun yamani).
8. Multazam wanita, minta ampun
9. Makam Ibrahim waktu azan subuh hingga Iqamat (minta bahagia keluarga, rukun, damai, sabar dan redha)
10. Telaga zam-zam waktu azan magrib hingga iqamat (minta cahaya ilmu, makrifah)
11. Pintu Bani Saibah (tempat masuk nabi )

terima kasih kamato.blogspot akan informasi ini..membacanya membuatkan hati ini tak sabar-sabar menantikan bulan Mac 2011.. InsyaAllah masa ku itu akan tiba.. Ya Allah berikan kesihatan yang baik kepada diriku, suamiku dan ibuku dan permudahkan urusan kami kesana.. aminn...aminn ya robbal alamin..

1 comments:

Anonymous said...

Ya Allah ...moga aku tersenarai sbgai tetamuMU.....Amin

Post a Comment

Nak beri komen?? Dinasihatkan beri komen secara berhemah, membina dan positif. Jauhkan dari unsur-unsur provokasi. Terima Kasih dan harap maklum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...