Hanafzuan Abadi

welcome

Selamat Datang ke Teratak Hanafzuan Abadi.. Semalam Adalah Kenangan, Hari Ini Adalah Kenyataan, Esok Adalah Harapan...

Resepi Muffin Coklat Chip


Petang tadi rasa rajin sangat..so try le buat muffin coklat chip. Pertama kali aku buat muffin! akhirnya menjadi gaks.. hehe.. mak aku cakap kalau mcm ni makan seketol dah kenyang sebab besar kalau nak dibandingkan apam mekar or apam dot2..  So pada korang nak try buat silakan amek resepi ni.. Tekstur muffin ni sungguh lembut dan moist.. Selamat menjamu mata dan selamat mencuba!!.
siap sedia untuk dibakar
comot la sikit..tapi takper..nanti dia dah naik dapat tutup kelemahan itu.. hehe
dok diam2 ye kat dlm oven tu..hehe
taraaa...hasil muffin cubaan pertamaku..
aha...tak malunye dia..tak pakai bajuuu
untuk acuan paper cup besar ni dptlah 17 ketul
comel tak saya..
couple of muffins..
pandangan dari tepi..
layan...

Muffin Coklat Chip

Bahan-Bahan
  • ½  cawan mentega
  • ½  cawan minyak jagung
  • 1 ¼ cawan gula perang
  • 3 biji telur
  • 2 ½ cwn tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
  • Sedikit coklat chip untuk hiasan.
Cara-cara:
  1. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit.
  2. Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  4. Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
  5. Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung  sehingga sebati.
  6. Paipkan adunan  ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
  7. Siap untuk di bakar. Bakar selama 30 minit..(bergantung pada besar cup cakes, kalau mcm aku ni cukup 30minit, kalau kecil cup so cepatlah masak)
Tips:
  1. Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan kita boleh naik  dengan sempurna.
  2. Pukul adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek.
  3. Jangan guna minyak masak yang berkacang  kerana ia member kesan pada rasa muffin anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
  4. Untuk mendapatkan rasa coklat sebenar, guna susu segar perisa coklat (Dutch Lady).
  5. Muffin yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan setiap 10 minit supaya adunan masak dengan sempurna.
  6. Anda boleh mengguna kan cup kertas saiz 3 atau 8. Jumlah muffin yang akan diperolehi sekitar 35-38 biji (saiz 3) atau 17-20 biji (saiz 8).

15 comments:

Fieda said...

suka nyer tgk...comey2 kue nana ni....:)

Norhana said...

hehehe... terima kasih fieda :D

Afzuan said...

Sangat sedapppppppppp!!!!

Norhana said...

terima kasih mr.papa..

Kasmawati Jaafar said...

cumelnye paper cup tu.. suke tgk!

tims said...

nana...sedapnye..

Norhana said...

kasmawaty & tims : terima kasih kak... :D

aLoY said...

salam perkenalan.. i follow ye.. :)

fizazbd said...

e e macam best je ..huhu...jual ke ape ...saya suke polka dots tu hehehe..i follow u ..follow me k

norhana said...

aloy: salam perkenalan.. i follow u juga. tengs ye

fizazbd: :) saya buat makan je..tak buat jual pon. awak suka polka dot tu ye.. try le buat. kalau jadi kabo2kan pada saya..nak jugak tengok

lotuslavender said...

thanks for the recipe.! nak try buat.hrap jadik. :)

ctfairuz said...

sy dh cuba..sedap..

Anonymous said...

kak,kalau saye tak letak dalam oven...saye buat kukus..boleh ke?

Qienah said...

dah cuba.bes tp knpe qienah punya kembang?xmendatar g2?huhu..

diezz said...

nak tnya,,oven guna api atas or bawah?

Post a Comment

Nak beri komen?? Dinasihatkan beri komen secara berhemah, membina dan positif. Jauhkan dari unsur-unsur provokasi. Terima Kasih dan harap maklum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...