Hanafzuan Abadi

welcome

Selamat Datang ke Teratak Hanafzuan Abadi.. Semalam Adalah Kenangan, Hari Ini Adalah Kenyataan, Esok Adalah Harapan...

Umrah dan Ziarah


Assalamualaikum.. lama rasanya dah tak update blog. Hari tu janji nak cerita serba sedikit perihal umrah dan ziarah saya ke tanah suci..so malam ni insyaAllah saya kongsi serba sedikit mengenainya.

di klia

Perjalanan kami ke Jeddah dengan menaiki penerbangan MH 7150 MAS mengambil masa selama 8 jam. Dari KLIA berlepas ke Jeddah pukul 4.25ptg dan sampai di lapangan terbang Jeddah lebih kurang jam 8.30 malam waktu Jeddah. Cuaca di Jeddah berangin dan sejuk.

baru tiba di lapangan terbang Jeddah..ngantuk sebab sukar nak lelapkan mata sepanjang perjalanan dari KLIA ke Jeddah

Alhamdulillah..selamat semuanya..

Sampai disana kenalah beratur untuk pemeriksaan imegresen. Lama jugak menunggu pak arab tu check kami.. tapi kami menunggu dengan penuh sabar. Ini semua permulaan ujian untuk kami. Tiba di Jeddah ni kenalah beratur ikut mahram masing2 bagi memudahkan perjalanan dan tidak ditahan oleh pihak imegresen sana.

tungu penuh sabar untuk inspection..

Selepas tu baru ambil beg. Alhamdulillah beg kami semua ada dan senang untuk dicari kerana badan beg dah dilekat sticker bendera Malaysia :) elok je tiga2 beg kami dikumpul setempat. Maybe sebab sticker kami sama maka amat mudah perjalanan beg kami. Thanks to Allah beri laluan mudah pada kami. Credit to my hubby juga kerana menyediakan sticker tersebut.
thanks sayang..
Setelah selesai inspection dan ambil beg kami semua menunaikan solat Jamak Taqhir Isyak dan Maghrib. Lokasi ruang solat terbuka tu berdekatan dengan tempat menunggu bas untuk ke Madinah. Selepas itu kami bertolak dengan menaiki bas menuju ke Kota Madinah Al Munawwarah. Jarak dari Jeddah ke Madinah 437km sejauh Kuala Lumpur ke Perlis. Semua jemaah nampak keletihan dan mengambil kesempatan berehat. .
Sepanjang perjalanan,saya masih belum dapat melelapkan mata.Dalam hati,tak sabar rasanya ingin melihat kiblat umat Islam secara live. Saya menikmati sepuas-puasnya pemandangan sepanjang perjalanan walaupun dalam gelap samar-samar cahaya.

0 comments:

Post a Comment

Nak beri komen?? Dinasihatkan beri komen secara berhemah, membina dan positif. Jauhkan dari unsur-unsur provokasi. Terima Kasih dan harap maklum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...