Sepanjang aku berkhidmat di jabatan ni kursus inilah yang paling best pernah aku sertai..memang maveles tahap gembira terlampau. Kursus ni adalah kursus dalaman bahagian aku bulan November 2010..so sudah pastilah budak2 bahagian aku jelah yang ada.. Sungguhpun kursus dihadiri pegawai dari bahagian aku je..ramai gak muka2 baru yang tak pernah aku kenal.. sungguh!.. al maklumlah bahagian aku ada 5 aras. Manalah nak kenal sgt.. ditambah kesibukan kerja.
Apa yang aku nak ceritakan disini ialah..sepanjang proses team building tu…kami dipecahkan dalam beberapa kumpulan. Nama kumpulan pulak nama binatang... Kucing, Kambing, Monyet dan Itik. Kami bersama-sama menjayakan aktiviti tu..tapi masih malu2..hanya kenal sebahagian dari peserta kursus dan dengan group masing2 aja..
Akan tetapi yang menjadi kelakarnya..bila dah balik ke bahagian masing2 pulak hubungan kami semua bertambah erat. :) Ditambah pulak dengan kehadiran FB…masing2 tak ketinggalan add masing2.. dan bila dah upload gambar kursus lagilah keadaan bertambah kecoh.. dan bertambah erat.. masing2 tergelak2.. Aku tak sangka kursus tu mengeratkan lagi hubungan kami semua..baik lelaki mahupun perempuan tak kira pangkat dan status :). Semoga kita dipertemukan dalam kursus2 akan datang.
Dibawah ni ada aku selitkan gambar2 kenangan sewaktu berada di Pangkor.
Terminal Jeti di Lumut
Ketibaan disambut oleh staff2 di Teluk Dalam Resort...
suasana malam di TDR Pangkor
laluan ke chalet cempaka...
nilah dia tempat aku tido..
poolside view
seaview..
tenang disini..
cantik kan..
1st day banyak indoor games.. 2nd day baru outdoor activities, memula jungle tracking :)
dlm hutan pun sempat posing kay..hilangkan penat sebenornya..dapat le berenti. hehe
sebelum sea rafting kami kena ikat pelampung tu taw..nama team aku = team kucing hehe
antara aktiviti team building yang dijalankan..gembira campur takut pun ader..kang jatuh..aku dah le tak reti berenang..
pertama kali mendayung..serius..penat giler!! dapatlah tempat ke4 dari 5 team.. hahaha..lenguh bahu aku
setelah penat disiang hari..malamnye pula kami ada bbq dinner..nyum nyum..nyummy..
heee....best.. bakar lagi bang!!
muke sebelum makan..cover2..
muke dah kenyang..
esoknye hari last kami dibawa berjalan2 di sekitar pulau pangkor naik van pink!..hehe
kami melawat kilang buat sotong kering.. ni bapak paul. :)
beli buah tangan untuk dibawa pulang ye..
pilih..pilih...
mari beli yeee...
pergi ke great wall china @ pangkor
view disana..
ada ikan...
pastu gi ke Kota Belanda..
posing sat kat tangga...
kalau gi sini mesti kena tangkap gambo..pastu terus ke pekan dia..kat situ sambung balik kerje sopping..hehe
inilah dia peserta team building yang besh! lagi bijak berbelanja..hahaha
selepas 3 hari 2 malam kursus..time balik antara yang dinanti...
Itulah dia antara kenangan aku disana...entah bila boleh pegi lagi kan..kalau tak kerana ada kursus entah bila nak jejak kat sana. haha..terima kasih tak terhingga pada pihak pengurusan.. la la la.la..la.. (seronok)