Petang tadi rasa rajin sangat..so try le buat muffin coklat chip. Pertama kali aku buat muffin! akhirnya menjadi gaks.. hehe.. mak aku cakap kalau mcm ni makan seketol dah kenyang sebab besar kalau nak dibandingkan apam mekar or apam dot2.. So pada korang nak try buat silakan amek resepi ni.. Tekstur muffin ni sungguh lembut dan moist.. Selamat menjamu mata dan selamat mencuba!!.
siap sedia untuk dibakar
comot la sikit..tapi takper..nanti dia dah naik dapat tutup kelemahan itu.. hehe
dok diam2 ye kat dlm oven tu..hehe
taraaa...hasil muffin cubaan pertamaku..
aha...tak malunye dia..tak pakai bajuuu
untuk acuan paper cup besar ni dptlah 17 ketul
comel tak saya..
couple of muffins..
pandangan dari tepi..
layan...
Muffin Coklat Chip
Bahan-Bahan- ½ cawan mentega
- ½ cawan minyak jagung
- 1 ¼ cawan gula perang
- 3 biji telur
- 2 ½ cwn tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 3 sudu makan serbuk koko
- 200 ml susu segar ( vanilla atau coklat)
- Sedikit coklat chip untuk hiasan.
- Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C selama 15 minit.
- Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
- Masukkan telur sebiji demi sebiji.
- Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur ke dalam adunan tadi.
- Kemudian campurkan susu segar berselang-seli dengan tepung sehingga sebati.
- Paipkan adunan ¾ ke dlm cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya.
- Siap untuk di bakar. Bakar selama 30 minit..(bergantung pada besar cup cakes, kalau mcm aku ni cukup 30minit, kalau kecil cup so cepatlah masak)
- Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya adunan kita boleh naik dengan sempurna.
- Pukul adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek.
- Jangan guna minyak masak yang berkacang kerana ia member kesan pada rasa muffin anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
- Untuk mendapatkan rasa coklat sebenar, guna susu segar perisa coklat (Dutch Lady).
- Muffin yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan setiap 10 minit supaya adunan masak dengan sempurna.
- Anda boleh mengguna kan cup kertas saiz 3 atau 8. Jumlah muffin yang akan diperolehi sekitar 35-38 biji (saiz 3) atau 17-20 biji (saiz 8).





















