Hanafzuan Abadi

welcome

Selamat Datang ke Teratak Hanafzuan Abadi.. Semalam Adalah Kenangan, Hari Ini Adalah Kenyataan, Esok Adalah Harapan...

Resepi Pavlova Gorjes Ku



Pavlova.. sebut je nama terus terliur.. walaupun dah lama try dah baru skang sempat upload.. sy try resepi ni dari http://irmadilondon.blogspot.com/2011/06/resepi-pavlova.html terima kasih ye dear.. sebelum ni asyik tengok pavlova orang lain jer.. akhirnya dpt jugak sy buat.. hehe dah tak mengidam dahhh.. :D. Bawah ni ada resepi nye.. thanks irma...

Bahan-bahan :

4 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula icing.
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan.

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat.

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

5- Masukkan tepung jagung dan cuka.

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis.

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga.

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila.

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Jumaat penghulu hari..meh kita jernihkan keadaan


Assalamualaikum...

1st off all.. terima kasih kepada sesapa yang sudi membaca blog ni.. jgn la nak marah tak tentu hala.. anda2 yang membaca blog ni maybe tengok sy marah2 dlm blog ni..tapi tahukah anda entry2 tu dah berkurun lama.. sejak mula sy berniaga ya..bukan sehari dua ni pun ya sayang2.. semalam sy bg link hari ni dpt komen marah2 mcm sy kebas hak org.. sedangkan hak cipta sy dikebas.. ya...sy mengaku sy kasar sikit bahasa didalam entry tersebut sebab nak bg org yg berkenaan yg mencuri gambar2 sy @copycat membaca.. dan mengakui kesilapannya.. So far dia dah baca..dan mengakui kesilapan..tapi sy tak remove pasal untuk akan dtg.. jadikan pengajaran..tak pasal2 entry lama2 digodek2.. konon tak salah nak tiru..maaf ya.. peniruan tetap peniruan.. bayangkan hasil kerja anda buat susah payah, pastu senang2 dicuri sebijik2.. tak kena tak tahu... sama kes kalau buat kertas kerja, tapi kertas kerja dicopycat.. itu contoh yang senang nak paham la..

Jadi.. mana2 yang baru je terbaca blog ni jgn lah nak bandingkan entry ni dengan org lain.. Kalau sesapa mengikuti perkembangan sy dari awal..sy bermula dari bawah... so banyak juga kawan2 yang tikam dari belakang.. melayu juga.. jgn kata sy kedekut..mcm mana melayu nak maju..sedangkan melayu jugak yg banyak tikam dari belakang..(jgn nak tunding melayu saja walhal bangsa lain pun sama..) sy tak nak panjangkan kisah ini.. tapi apa yang pasti yang sy publish ni sebab dah tak tahan sgt.. :) dan terlalu kasar dia buat kat sy..

Pendirian sy mungkin org lain tak paham...dan sekali lagi..maaf ya kalau kekasaran ayat2 saya di entry sebelum ni mengguris hati mana2 pihak. Kalau kena kat diri sendiri baru tahu.. mungkin akan melenting juga.. sy juga manusia.. ada kekhilafan.

* mood happy* thanks a lot haters diluar sana.. teguran yg membina sy boleh accept..tapi sy tak kan keluarkan kerana tiada nama dan malas nak melayan benda2 negatif ni.. cukup lah sy tahu anda diluar baca. :)

* mood meh la delete entry yg negatif* lagipun dah lepas..hati pun dah sejuk..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...